Thursday, 16 August 2012

kekecewaan :'(

Assalamualaikum,
 Aku tulis blog ni malam-malam sebab aku bosan.Aku tak tahu nak buat apa.Nak tidur malas.
Ada sesuatu yang tak betul sejak kebelakangan ni.Semuanya dah berubah.Macam-macam yang aku fikirkan.Sekarang ni bulan Ramadhan dah nak berakhir dan kita seharusnya sedih dengan pemergian bulan mulia ini.Aku suka berpuasa sebab aku dapat bangun awal dan lepas tu aku malas nak tidur kalau masa tu minggu persekolahan.Tapi,raya pun dah dekat :D yeay! dah habis berpuasa.Satu bulan yang penuh rahmat dan berkat.Esok Khamis,aku balik kampung lepas iftar.Sangat awal nak balik kampung.Huh! Aku malas sangat tahun ni.Mungkin sebab aku akan menduduki PMR ataupun mungkin sebab lain yang aku sendiri tak tahu.
Sekarang ni kan aku sedang marah dengan seseorang.Dia sangat menjengkelkan.Aku menyampah dengan dia.Dia hipokrit!!! Dia dah berubah.Totally changed his behaviour! Sangat tak suka dan benci.Dia sendiri yang membuat aku benci dekat dia.Lelaki memang penipu!!! Ahhh!!! Sangat menyesal rasanya.
Kalau lah aku ni seorang yang berani,dah lama aku berhadapan dengan dia dan marah dia.Tapi,keberanian tu tak ada dalam diri aku.Aku kurang keyakinan dan tidak suka mengambil risiko.Aku hanya mampu luahkannya di sini.Sangat sakit rasanya apabila dipermainkan dan ditipu macam tu.Walau sekeras mana pun hati perempuan itu,lama-lama akan cair juga kerana orang yang dia sayang.
Apa yang berlaku semua ni adalah pertama kali bagi aku.Mungkin aku yang terlalu percayakan dia.Setelah hal ini terjadi,baru aku sedar yang itu semua hanya kepura-puraan semata-mata.Agaknya tuhan ingin tunjuk dekat aku perangai sebenar dia yang psycho semata-mata.Aku percaya Allah dah tentukan yang terbaik untuk setiap hambaNya. Semua ini mengajar aku untuk menghadapi kehidupan yang sukar kelak.Alhamdulillah aku dapat menghadapinya dengan hati yang terbuka.Aku akan menjadi lebih matang dan akan banyak berfikir untuk membuat keputusan.Tahun ni tumpuan utama aku adalah PMR.Penting untuk menjamin masa depan aku. Aku akan bangun semula .Aku akan cuba untuk tingkatkan markah PMR.InsyaAllah. Amin : )

No comments:

Post a Comment