Tuesday, 31 January 2012

My Friends...

ASSALAMUALAIKUM,
     Saya mempunyai ramai kawan.Mereka semua seorang kawan yang 'sporting'.Seronok sangat berkawan dengan mereka.Mereka adalah tempat untuk bergurau senda,bergaduh(gaduh gurau je) dan tempat untuk meluahkan masalah.
     Saya mempunyai seorang kawan yang dahulunya rapat tetapi sekarang dah renggang.Saya bertemu dengan kawan rapat saya semasa di tingkatan 1.Pada mulanya,hanya dia sahaja kawan yang saya kenal.Selepas berkawan dengan dia,saya mendapat ramai kawan lain.Kami akan pergi waktu rehat bersama,pergi perpustakaan bersama,kemana sahaja kami akan pergi bersama.
     Dia seorang yang sangat baik,peramah dan comel.Kita akan jadi cepat mesra dengan dia.Dia tidak terlalu memilih kawan.Dia seorang yang ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.Walaupun begitu,dia juga seorang yang suka menyendiri.Dia tidak suka bergaul sangat.Dia selalu duduk sorang-sorang.  



                 
     Dia suka beri nasihat kepada orang lain.Kadang-kadang dia digelar ustazah.Haha.Itulah Sara Aieesya kawan yang paling baik,best dan gembira.Walau apapun,hubungan persahabatan saya dengan dia tidak akan putus.Itulah harapan saya.Saya akan terus berkawan bersama dia.Dialah sahabat saya di dunia dan di akhirat...INSYAALLAH...~~~




SWEET MEMORY WITH MY BEST FRIEND





Sekian dulu dari saya...
                                BYE....







Monday, 30 January 2012

About Me!!!

Assalamualaikum...
Hai,saya Nur Syahriza Ayu bt Abd Razak.Saya berumur 15 tahun.Saya lahir pada 15 April !997.Tahun ini adalah tahun yang penting bagi saya sebab saya bakal menduduki peperiksaan PMR.Hah,takutnya!!!.
    Saya ingin berterima kasih kepada rakan saya yang telah memperkenalkan Blog ini kepada saya.Kerana dia saya dapat mengenali Blog.
    Selama ini saya langsung tak tahu pasal Blog ini.Tapi,Alhamdulillah saya dapat terlibat sekali dengan Blog.Saya adalah seorang yang ceria,suka ketawa dan bergembira apabila rakan-rakan turut gembira.
    Saya tak tahu nak cerita pasal apa lagi.Ini hanyalah sebagai permulaan sahaja.
    Saya harap saya dapat berkongsi cerita bersama pengikut blogger ini.
Sekian,Wasalam.