Saya mempunyai ramai kawan.Mereka semua seorang kawan yang 'sporting'.Seronok sangat berkawan dengan mereka.Mereka adalah tempat untuk bergurau senda,bergaduh(gaduh gurau je) dan tempat untuk meluahkan masalah.
Saya mempunyai seorang kawan yang dahulunya rapat tetapi sekarang dah renggang.Saya bertemu dengan kawan rapat saya semasa di tingkatan 1.Pada mulanya,hanya dia sahaja kawan yang saya kenal.Selepas berkawan dengan dia,saya mendapat ramai kawan lain.Kami akan pergi waktu rehat bersama,pergi perpustakaan bersama,kemana sahaja kami akan pergi bersama.
Dia seorang yang sangat baik,peramah dan comel.Kita akan jadi cepat mesra dengan dia.Dia tidak terlalu memilih kawan.Dia seorang yang ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.Walaupun begitu,dia juga seorang yang suka menyendiri.Dia tidak suka bergaul sangat.Dia selalu duduk sorang-sorang.
Dia suka beri nasihat kepada orang lain.Kadang-kadang dia digelar ustazah.Haha.Itulah Sara Aieesya kawan yang paling baik,best dan gembira.Walau apapun,hubungan persahabatan saya dengan dia tidak akan putus.Itulah harapan saya.Saya akan terus berkawan bersama dia.Dialah sahabat saya di dunia dan di akhirat...INSYAALLAH...~~~
SWEET MEMORY WITH MY BEST FRIEND
Sekian dulu dari saya...
BYE....

No comments:
Post a Comment